Rajukku
Rajuk bukan sebarang
sembunyi bawah bayang-bayang
lidah kelu hati membisu
diam aku diam seribu
nak diluah hati dah bernanah
antara ditelan mati emak, diluah mati ayah
Bukan pungguk rindukan si bulan
Apatah lagi si bunga menanti sang kumbang
Sekadar meluah yang terhiris, tercalar, kesah
memang payah
Hati tawar, tawa tiada
Senyum dulu, suram seketika
Hajat menggunung, terkulai layu
Pendam rasa, tak siapa tahu
Bukan salah pelangi andai turun hujan
Bukan salah ombak andai ribut datang
Bukan salah Adam andai Hawa merajuk
Mainan hati kecil memang susah nak pujuk
Titis air
jangan biar mengalir
belai hati
pujuk ia
ubat luka, rawat hiba
gerimis pergi, datang pelangi
hajat di hati
biar rajukku sekejap cuma...
Rajuk bukan sebarang
sembunyi bawah bayang-bayang
lidah kelu hati membisu
diam aku diam seribu
nak diluah hati dah bernanah
antara ditelan mati emak, diluah mati ayah
Bukan pungguk rindukan si bulan
Apatah lagi si bunga menanti sang kumbang
Sekadar meluah yang terhiris, tercalar, kesah
memang payah
Hati tawar, tawa tiada
Senyum dulu, suram seketika
Hajat menggunung, terkulai layu
Pendam rasa, tak siapa tahu
Bukan salah pelangi andai turun hujan
Bukan salah ombak andai ribut datang
Bukan salah Adam andai Hawa merajuk
Mainan hati kecil memang susah nak pujuk
Titis air
jangan biar mengalir
belai hati
pujuk ia
ubat luka, rawat hiba
gerimis pergi, datang pelangi
hajat di hati
biar rajukku sekejap cuma...
3 comments:
Wah...dah pandai merajuk sekarang? :P
Merajuk kenapa kah? =(
hiyoshi
aik..lelaki tak biasakah? hehe
afie
merajuk sebab hajat nak 'surprise' orang x menjadi.huhu~
Post a Comment