Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, October 29, 2007

Burnin' d kitchen's oil..


Salaamun alaik..

It's 29th October, and little do we realize that raya has already made its half move. Weekends would be hectic with open rooms piled in a row, and round li'l tummies just get - well, bloated.
If, you know what I mean.


For our open room, I was so-called elected as head chef for the chicken rendang. Whacked up some great time with chillies, chicken and all, and the room and kitchen just can't get any messier. Been sittin' in front of the stove from 10pm till 630am. After all, it's just a once in a year event.

The dishes? Nasi impit, dried chicken rendang, mee jawa, kuah kacang, air sirap limau, cookies, sweets and some wee bit of 'kuih cornflakes'. Tapi ade yang terkurang..maaf yee yang tak dapat :P




Menu Rendang Ayam Kering (doing it my maktok's way) :

Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai. Masukkan ke dalam periuk/kuali. Tumis. Masukkan cili boh/cili kering yang telah dikisar. Tunggu sehingga pecah minyak. Untuk mendapatkan warna yang lebih 'umph', tunggu lama sedikit.


Masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau. Kemudian, tuang santan pekat. Masukkan asam keping, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Kalau mahu pedas, boleh masukkan sos cili; jika tidak, bubuh sos tomato (tapi tak perlu banyak).

Sejam yang terakhir, boleh masukkan kerisik dan serai/daun kunyit untuk menaikkan bau.

Selamat mencuba!

ps: pastikan api tidak terlalu kuat, dan perlu kacau selalu supaya tidak hangit. Untuk hasil yang memuaskan, tunggula 5 jam ye =)




Tadaaa!! Rendang ayam, anyone?? ^_^

Monday, October 15, 2007

Eid Fitr wishes from Ukraine...

Salam alaik..

Sending warm wishes to my dearest family and friends, and to all readers..

Create your own banner at mybannermaker.com!


::SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN::


Ramadhan pergi mengundang penantian
Syawal tiba lakar kemenangan iman
Dari jauh kususun sepuluh jari

Memohon maaf andai ada tersilap kata, tersalah bicara

Ku hanya insan biasa, punya kelemahan diri

Allah jua Maha Sempurna segalanya...


Of course, raya abroad differs a lot from raya locally. You don't get a fistful of green envelopes you crave to open, and the 'who-gets-the-most-duit-raya' marathon - well, there ain't any. Like I'm still qualified to even receive them anymore. Ngehe~

I have uploaded some little snapshots of our initial 3 days of raya. Just so people will know that - well, raya overseas isn't that dull and solemn as stereotyped-ly thought by some folks, and we're striving hard to make any space available seem jovial as can be :) . Thanks to openhouses, nasi impit and rendangs, the spirit is still there. And of course, every empty lane has somehow transformed into runways for baju raya show-offs' :P



SUK jr girls (with farhana's hubby) at the 1st morning of raya





Juadah makan-makan kami di hari pertama: nasi tomato, ayam masak merah, kuah kacang, nasi impit, lodeh, puding jagung, kek butter strawberry (kek tu saya buat dengan Tira..hehe)


Malam tu kami main bungapi dengan seronoknye!! :)


Openhouse di bilik SUK sr girls. Seperti biasa kami di 'adik-manjakan' - dahla datang awal, makan banyak pulak tu! Pelahap betul. Menu: mee jawa + puding roti + agar-agar nenas..sedap menjilat jariii~~~


Candid photos taken by fana's hubby. Nak buat macamane, baru sorang sahaja di kalangan kami yang dah berkahwin, terpaksalah suaminya melayan kami semua yang banyak kerenah nie :P




Openhouse di bilik 907, 1st hostel. Sibuk sungguh tuan-tuan rumah melayan tetamu, sampai tak menang tangan. Seawal jam 5 pagi dah mula tanak nasik dengarnye. Menu: nasi warna-warni, ayam percik, ayam masak madu, agar-agar, apple flan, puding karamel, air sirap bandung.


Suke pulak tengok spongebob yang tergantung tu..hehe~

Gambar memang tak best kalau xde Tira. The hottest babe in our group!! You can see her wide grin - she just can't stop smiling :)




Raya Grand Celebration: Nasyid Performance from the Hizbullahs'. Ada juga persembahan tarian zapin dan sketsa, tapi gambar kurang jelas untuk di upload.


Roomies forever. Were always with me through thick and thin, and will be (unless one of us gets hitched in the near future :P). Yang kanan sekali dan bertudung bulat tu, sudah pun bertunang. Tunangnya yang menyanyi nasyid, berbaju biru :)


Keena, Achot, Aishah & me..D gurlz of 831, 5th~



ps: nanti kami insyaAllah nak buat openhouse..datanglah yee!! :)

Tuesday, October 09, 2007

Andai ini Ramadhan terakhir buatku..

Assalamualaikum wbt...

Time paces away fast. Little do we realize that the Holy month of Ramadhan has neared its end. Terdetik di hati, cukupkah amal bekalan akhirat kita sepanjang bulan ini? Solat tarawikh..qiamullail pencarian malam LailatulQadr, puasa, zakat, sedekah..tepuk dada, tanya iman. Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah.

Alike the yesteryears, after 29 days of fasting (unlike 30 in Malaysia-that explains why our Eid starts a day earlier :P) there will be takbir, Solat Raya, open houses..and the grand celebration. And for the 4th time in a row, i'll be celebrating raya abroad, far from home.

Not that i'm not used to it. Kalau dulu tatkala 1st year menangis teresak-esak, sekarang dah boleh tersenyum, gelak ketawa beramai-ramai. Ya lah, di overseas ni, kawan-kawanlah yang jadi 'keluarga' kita. Think positive.

However, for this upcoming raya, I do feel a bit..gloomy. Don't know what is bothering, but the feeling keeps on nudging deep within. Rasa sedih nak tinggalkan Ramadhan kali ini. Hanya doa mampu saya panjatkan, mudah-mudahan ini bukan Ramadhan terakhir buat saya.

And the raya feeling..it just - hasn't emerged. Regardless of all the hassles on 'ape warne baju kurung awak' and 'ape dish open house korang?', I still don't sense any trigger of excitedness.

Perhaps, just perhaps..i'm missing home that much? Huhu..~

Kawan-kawan, let us pray that the next Ramadhan would be ours. InsyaAllah. Ameen..


Juadah berbuka 'potluck' di bilik tira. Menu: mee bandung, puding roti, macaroni bakar, apple flan, cucur pisang, roti jala, air bandung (ade yg tiade dlm gmbr. yelah, tukang masaknye dtg lmbt :P)

Thursday, October 04, 2007

Merajuk...



Rajukku
Rajuk bukan sebarang

sembunyi bawah bayang-bayang

lidah kelu hati membisu
diam aku diam seribu

nak diluah
hati dah bernanah
antara ditelan mati emak, diluah mati ayah


Bukan pungguk rindukan si bulan
Apatah lagi si bunga menanti sang kumbang

Sekadar meluah
yang terhiris, tercalar, kesah
memang payah


Hati tawar, tawa tiada
Senyum dulu, suram seketika

Hajat menggunung, terkulai layu

Pendam rasa, tak siapa tahu


Bukan salah pelangi andai turun hujan

Bukan salah ombak andai ribut datang

Bukan salah Adam andai Hawa merajuk

Mainan hati kecil
memang susah nak pujuk

Titis air
jangan biar mengalir
belai hati
pujuk ia

ubat luka, rawat hiba

gerimis pergi, datang pelangi
hajat di hati
biar rajukku sekejap cuma...