Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, October 13, 2006

Happy Birthday Abah..!!!




Actually my dad's birthday was yesterday, but I guess it's still not late for me to wish abah "Sdneom Rajhdenya Tibya"...Hehehe. As a tribute for abah, I'm reposting an article about my dad's success on one of his researches (frankly speaking i'm not pretty sure myself on what it was all about - but one thing's for sure. It's splendid). I love you dad and will always do.



UPM cipta sistem pemampatan data guna wavelet
Data-data yang besar seperti data dari satelit dan sistem radar LIDAR (Pengesan Jarak dan Imej Laser) tidak dapat dilakukan dengan sempurna tanpa perisian-perisian yang canggih. Malah data-data besar terutama data tinjauan rupa bentuk bumi biasanya memerlukan ruang yang besar apabila dihantar dari satu destinasi ke destinasi lain. Buat masa ini terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan bagi memampatkan data tetapi tidak banyak yang berupaya memastikan data yang telah dimampatkan itu mampu nyahmampat (decompress) dan mengekalkan kualiti asalnya. Perisian yang canggih diperlukan bagi memampatkan dan kemudian nyahmampat kembali atau membukanya kembali kepada saiz asal tanpa mengganggu atau merosakkan ciri-cirinya. Perkara ini menyebabkan data yang dihantar untuk dianalisis oleh pihak ketiga kurang tepat untuk digunakan. Perkara berkenaan telah menarik perhatian profesor di Makmal Model Spatial dan Numerikal, Institut Teknologi Termaju, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Shattri Mansor dan pelajar Ijazah Doktor Falsafah Biswajeet Pradhan dari India. Mereka menjalankan penyelidikan membina perisian yang dapat membantu jurutera dan saintis menyimpan dan menghantar data-data mereka dengan mudah serta ringkas. Kajian mereka dibantu oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ramli, Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohd Shariff dan Normalina Jamaludin. “Produk yang kami hasilkan merupakan sistem pemampatan data spatial berasaskan kepada wavelet generasi kedua,” kata Shattri semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini. Penggunaan teknik wavelet membenarkan maklumat pada paras resolusi berlainan digunakan bagi menyelesaikan masalah penghantaran data-data bersaiz besar. Malah dengan teknik berkenaan data-data besar yang dihantar boleh dipaparkan semula pada saiz yang sama tanpa menjejaskan kualitinya. Kehebatan produk berkenaan terletak pada kebolehan Shattri membangunkan formula pengiraan bagi memampatkan data dan mengembalikannya kepada saiz asal. “Dengan menggunakan algoritma khusus, kedudukan titik-titik tertentu bagi mewakili gambaran bumi sebenar dalam bentuk tiga dimensi dapat dianggarkan,” jelasnya. Projek yang dimulakan pada 1997 di bawah Geran Penyelidikan Dalam Bidang-Bidang Keutamaan (IRPA) itu merupakan projek bagi digital bumi tetapi mula memberi penekanan terhadap pemampatan data sejak tahun 2003. Shattri berkata, keputusan yang didapati apabila dibandingkan dengan teknik pemampatan tradisional menggunakan perisian seperti JPEG 2000, MrSID, ECW menunjukkan kaedah berkenaan boleh digunakan dengan lebih berkesan bagi set data seperti LIDAR dan GIS tiga dimensi. “Produk ini dibina bagi memampatkan data GIS dan sangat mesra pengguna kerana ia amat mudah digunakan. “Biasanya pengguna GIS atas talian menggunakan algoritma ini bagi visualisasi pada pelbagai resolusi dengan tepat,” jelasnya. Produk ini juga amat berkesan untuk memampatkan data-data LIDAR pada resolusi berbeza. Shattri menambah, produk yang dihasilkan dapat memampatkan data-data pada paras yang dikehendaki sama ada 20, 50 atau 120 peratus yang diperlukan oleh pengguna. Kod pengkomputeran bagi Triangulated Irregular Network (TIN) dijana menggunakan teknik Delaunay Triangulation bagi mendapatkan rupa bentuk permukaan bumi daripada data mentah. Kaedah yang menggunakan wavelet generasi kedua akan memilih dan menyingkirkan data-data tertentu bagi memberikan persembahan permukaan yang jelas tanpa mengenepikan kualiti. Sisipan penapis wavelet baru menggunakan dua langkah iaitu memisahkan serta meningkatkan kualiti sesuatu data yang dimampatkan. Kualiti paparan rupa bentuk muka bumi selepas menggunakan teknik berkenaan adalah realistik sebagaimana dengan paparan asli. Hasil penyelidikan dan produk yang dihasilkan oleh Shattri dan penuntutnya itu telah mendapat pengiktirafan banyak badan antarabangsa dan diterbitkan dalam jurnal saintifik. Antaranya International Journal of Applied & Numerical Harmonic Analysis, KMITL Science Journal, Journal of Institution of Surveyors Malaysia, Korean Journal of Remote Sensing dan International Journal of the Computer, the Internet and Management. Shattri menambah, pihaknya dan UPM sedang dalam usaha untuk mengkomersialkan produk berkenaan selepas proses mempatenkan dan hak cipta selesai. “Sekarang pihak UPM sedang dalam proses pembungkusan dan mencari antaramuka yang baik sebelum ia dipasarkan,” katanya sambil menambah dana yang mencukupi diperlukan untuk proses pengkomersialan.


hats off for abah!! =)


2 comments:

misscheekines99 said...

hiya wats your name again,

i know maybe you think i'm some kind of freak or somthing but i'm aimi um ur father step daughter.......
i know ur kinda shock of reading this and i;m only in year 4 and i wan u to go to my blog plzzzzzz n don think as in ur enemy ok :)
my blog is www.misscheekines99.blogspot.com
thanks kakak sara hehe

misscheekines99 said...

and i kinda want to know about u tooo u can comment it it my blog plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz or elese i be very sad like this :( and pls just if u want to think of me as ur step lil' sis can or not just telll me i'm fine i'm not the type of kid who's u know gedik nooooooooooo ok lah bye an d goodnightttt.....:)