Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, March 20, 2008

Mencintaimu Ya Rasulullah..

credits to some Egypt students

Khas buatmu Kekasih Allah...

Menyintaimu Ya Rasulullah
Takkan cukup hanya amalkan Sunnahmu
Basah lidah selawat keatasmu
Teladani kisah hidupmu
Dalami susur sirahmu
Pakai baju akhlakmu
Pelajari hadith riwayatmu

Menyayangimu Ya Rasulullah
Hanya hati suci saja benar-benar mampu
Bersih, tiada hitam cacat-cela
Noda setitik dua
Kami?
Masih terkebil-kebil cari identiti
Hala tuju hidup dunia ukhrawi

Merinduimu Ya Rasulullah
Kau pemberi syafaat umat tercinta
umat kau sayang
umat terakhir
Kamilah itu Ya Nabi Allah
Biar zaman pisahkan kita
Biar lughahnya lain
Biar adat tak sama
Kami tetap umatmu

Moga kami punya rasa manisnya cinta
Buatmu Ya Rasulullah...

20/3/08 Simferopol


Pemergianmu - Inteam

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu...

Salam Maulidurrasul to all Muslims...
May we obtain his Syafaat
InsyaAllah

Buat CSMUians : Sambutan Maulid Nabi

Jom meh jom!!


TenTatif ProgRam

Aturcara Majlis Utama Sambutan Maulidur Rasul 1428H

Masa Program

1810 Solat maghrib berjemaah

1840 Tayangan Sempena Maulid-Nabi 1429

1930 Solat Isya’ berjemaah

1950 Pembukaan Majlis

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran (Saudara Ismail Hamzah)

Ucapan Pengarah program (Saudara Azmi Ghazali)

Bacaan Selawat beramai-ramai

2000 Diskusi Minda - Sirahmu Kebanggaanku -

2100 Persembahan Nasyid (HIZBULLAH), Berzanji

2110 Santapan Jasmani

Moga Jannah milik kita =)

No comments: